Blueberry Cheese Cake
Harijadi mak dah lama dah berlalu..3 mggu lepas...tapi disebabkan tiada masa untuk 'update' blog ni, baru sekarangla nak cerita ttg sambutan harijadi emak..harijadi mak disambut pada dan ketikanya seminggu lepas birthday mak kerana pada masa itulah semua adik bradik aku ada..hampir semuala tapi..hehe..Mak dilahirkan pada 11hb April 1955 bertempat di negeri Melaka.. sambutan juga diadakan di Melaka yakni di salah satu kedai makan asam pedas yang sedap tapi bagi aku walau sedap maca mana pun asam pedas tu, asam pedas buatan mak aku berkali ganda sedap..hee..ye la kan, xde orang lain yang boleh lawan masakan emak kita walaupun dia tu seorang chef yang terhebat kat dunia ni...air tangan mak adalah yang terbaik!!!! ok, seperti biasa la kan, setiap entry aku mesti ada gambar...hehe...hal ini adalah untuk memeriahkan lagi entry aku ni ha...
Inilah emak aku.. namanya adalah Pn. A'ishah binti Ibrahim..
Walaupun umur perkahwinan emak ngan abah dah 34 tahun,
tapi emak ngan abah still maintain romantik tau...hehe...i like ^_^
Aku dan Emak
~~love you mak~~
Hakimi...seorang yang fotogenik..
tengokla tu tgh mkn pun sempat tgk camera..huhu
Kimi nak capai daun kat pokok tu...mcmla tinggi sgt..huhu
~Ateh~Anjang~Aniq~
Lapar la pulak tgk makanan2 tu..
ngan air tu sekali sedap..huhu
al maklumla gambar aku xbyk mana pun..
ehem2...sebenarnya time wat entry ni tersangatlah lapar...huhu
ikan ni aku kongsi berdua ngan Achik..tu pun xabis sebab perut dah kembung
makan ikan kembung ni..hehe
Jadi, makanan tu adalah penutup entry aku ye...best sangat bila dapat berkumpul ramai2 dengan family, makan sama2, gurau sama2..best sangat2 dan semestinya aku akan rindukan saat2 begini..walaupun kadang2 tak semua yang ada tapi aku faham kerana yang xdapat datang ada sebab2 tertentu mereka dan mereka pun mmg berharap nak dtg cuma keadaan tidak mengizinkan mereka datang~~akhir kata adios amigos~~Wassalam~~
No comments:
Post a Comment