SELAMAT HARI IBU :)

Assalamualaikum Pembaca :)

SUMBER GAMBAR : PAKCIK GOOGLE

Sempena Hari Ibu ni, rasa nak buat entry pasal Mak..Mak yang melahirkan aku 9 bulan 10 hari dan untuk pengetahuan semua, aku ni lahir sonsang tapi nasib baiklah otak ni tak songsang..hehe :p aku ni tak lah pandai bermadah helah sangat, so, aku pun buatla entry ni..nak cipta puisi apatah lagi, lagila tak pandai. Cuma nak bagitahu Selamat Hari Ibu buat mak yang melahirkan wani :) Hari-hari pun hari ibu sebenarnya :) So, this is about my mom, Check it out :-

Nama mak aku A'ISHAH BT IBRAHIM, dilahirkan di MELAKA pada 11/04/1955 jadi umur mak aku sekarang dah 59 tahun, kadang2 aku pelik budak2 zaman sekarang ni, tarikh lahir mak sendiri pun tak ingat apatah lagi umur mak sendiri, adik-adik, mohon prihatin sikit bab-bab ni, tarikh lahir buah hati memasing korang ingat pulak kan, siap nak bagi hadiah bagai..kemain lagi ye..ok, berbalik kepada mak..Mak ni anak sulung daripada 12 orang adik beradik, ramaikan? yang ramai tu la meriah..kan kan kan..hehehe..mak juga suri rumah sepenuh masa, al maklumla anak ramai kalau bekerja siapa pula nak jaga kan nnt kalau anta kat nursery lain pulak jadinya..

Mak Aku :)

Jadi sempena hari ibu ni juga, wani nak berterima kasih kat mak dengan segala macam yang mak berikan kat wani selama 25 tahun ni, termasuk masa dalam perut yang 9 bulan 10 hari tu yang tak dapat wani nak balas:-
  1. TERIMA KASIH sebab setia bawak wani pergi mana2 masa dalam perut mak..entah apa la alahan dan rintangan yang mak hadapi masa mengandungkan wani.
  2. TERIMA KASIH sebab lahirkan wani dengan cukup sifat dan comel lagi montel masa tu..haha..ok, ni perasan :p
  3. TERIMA KASIH sebab jaga wani masa wani kecik sampailah dah besar ni tanpa sebarang rungutan.
  4. TERIMA KASIH sebab suap wani makan lepas balik dari sekolah, rasanya sampai darjah 4 kot, kadang-kadang masa darjah 6 pun minta suap juga..hahaha..maaf ye adik bongsu :p
  5. TERIMA KASIH sebab selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar kat wani walaupun kadang2 wani dengar je tapi tak ikut..minta maaf ya mak :)
  6. TERIMA KASIH juga sebab selalu melayan kerenah wani daripada wani kecik sampailah dah besar ni ha.
  7. TERIMA KASIH sebab masakkan asam pedas ikan kembung kalau wani minta dan kalau wani balik dari belajar pun ada juga asam pedas tu.
  8. TERIMA KASIH sebab marah wani, wani tahu mak marah untuk kebaikan wani dan yang lain.
  9. TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH atas semua yang mak lakukan untuk wani dan adik beradik yang lain, terlalu banyak kalau nak senaraikan kat sini. Apapun kami sayang mak dunia dan akhirat :)
Jasa seorang ibu memang bukan mudah untuk kita balas, dengan kesabaran, kecekalan dan ketabahan nak jaga anak2 yang macam-macam kerenah ni bukan senang,Ya Allah, sungguh besar pengorbanan seorang ibu dan ibu la yang paling berhak mendapat layanan yang baik daripada kita..bukan pakcik, makcik, atuk, nenek, tapi MAK/IBU/UMMI/MAMA :) let's check this out :-

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya;
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik baiknya?"
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Sumber Sahih]

Ketika Hari Konvokasyen Aku :)

 "Akhir kata...SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DAN BAKAL2 IBU DI SELURUH DUNIA..."