NASI MAQLUBAH FROM PALESTIN ^_^

Assalamualaikum Pembaca :)

Sumber Gambar : S.A.S
Dah lama rasanya tak buat blog...mungkin sebab sibuk, mungkin sebab laptop problem mungkin juga sebab tahap kerajinan yang kurang memuaskan..baiklah, kali ni nak cerita tentang Nasi Maqlubah original dari Palestin..dibuat sendiri oleh rakyat Palestin yang dah lama menetap di Malaysia. Bukan semua orang dapat rasa keenakkan Nasi Maqlubah dan bukan senang nak membuatnya kerana rempahnya sangat rumit. Rasanya bukan seperti nasi beriani ataupun nasi arab. Rasanya penuh dengan rasa rempah yang sangat enak. Cukuplah aku katakan bahawa hanya hidu bau rempahnya sahaja boleh buat kita terasa lapar..hehehe..over sangat kan. Ceritanya kat sini, aku nak kongsi betapa sedapnya nasi ni...hehehe..nampak mcm nasi beriani gam, tapi sebenarnya bukan. So, let's check this out siapa yang buat Nasi Maqlubah ni :)

Sumber Gambar : A.I
Inilah dia tukang masak untuk Nasi Maqlubah. Hasan Al Zahar nama diberi, nampak mudah tapi payah..yang penting nasi tu nak masak sekejap je, yang lamanya tu nak sediakan bahan-bahannya..bahan-bahannya aku tak tau, yang aku tau makan je. hahaha..anak buah aku, Hakimi, dia ni seorang yang agak memilih makanan juga tapi bila dapat nasi ni, alhamdulillah banyak dia makan tapi bayangkan kalau masa Chef ni takde, tak ke naya aku nak mencari nasi ni nanti..menangisla nak..

Sumber Gambar : F.I.S.I
Ha, tu dia hasil Nasi Maqlubah, lepas je masak, masa panas-panas tu la kena terbalikkan periuk yang digunakan untuk masak nasi..atas tu semua lauk-lauknya macam ayam/kambing, kentang, tomato, terung, bawang putih dan lain-lain rempah..sangat sedap..nyummy nyummy..Gambar ni masa Nasi Maqlubah dimasak di rumah keluarga aku, kebetulan pulak hari lahir dia sama dengan hari lahir along aku..jadi, nasi maqlubah ni ibarat kek mereka la..hehehe

Sumber Gambar : F.Y.I
Ini pulak Nasi Palestin, yang ni aku terlebih suka sebab memang sedap, lebih-lebih lagi ayam dia tu..pergh, meleleh tu..aduh, terasa lapar pulak tiba-tiba..hahahaha.. Ayam tu diperap dengan rempah perapan yang dibuat khas dari Palestin epas tu dibakar dalam oven..rasanya terlampau enak..lembut pulak tu..hehehe..

Sumber Gambar : F.I.S.I
Gambar terakhir untuk entry kali ni, keluarga bahagia Hasan Al Zahar dan Shahrina Ahmad Sharkawi serta anak mereka, U Dai U Baidillah bersama emak aku, A'ishah Ibrahim.

Kepada sesiapa yang berminat nak rasa atau nak order Nasi Maqlubah atau Nasi Palestin bersama ayam panggang, bolehlah hubungi Shahrina Ahmad Sharkawi ataupun  FYI Yasmin Nanie untuk tempahan.


'Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'
Okay, takde kena mengena :p