Cuti Kembali Lagi~~~~


Dah dekat 2 minggu aku cuti...hehehe...barula nak wat entry ni..haha..cuti kali ni tersangatlah lama~~huhu..4 BULAN!!! sempat kahwin tu..hahaha[tetiba mood gatal] cuti sem kali ini adalah cuti sem yang pertama aku tak perlu menjaga ibu2 dalam pantang...hehe...haish~~[masa2 cuti lama ni xde la pulak nak berpantang..] hoho..tapi kan...best sebenarnya jaga mereka yang di dalam pantang ni kerana aku dapat rasa lauk2 orang dalam pantang..kihkihkih~~~memang sedap...

Entry kali ni aku nak cite tentang anak2 sedara aku yang aku jaga time mak dioranh pantang [eh, aku xjaga sangat pun..sebab mereka masih kecik] aku jaga mkn minum mak mereka je...heee..best tau jaga mereka ni, hari2 ada je yang datang ke rumah..xpernah sunyi la rumah ni..apa yang best lagi kan, aku dapat tgk mereka membesar dan best gak sbb kenduri aqiqah mereka sume dibuat di rumah family aku~~~~meriah...hehehe..so, let's check this out~~~ inilah mereka yang aku jaga tapi hanyalah anak2 sedara aku la..emak2 mereka nnt la ye...hahaha.. buat masa sekarang anak2 sedara aku ada 4 orang sahaja; bila agaknya nak bertambah ye ^_^

mereka semua ini dilahirkan di SELANGOR...3 daripadanya di Hospital Besar Sungai Buloh..Sorang lagi kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.


Ini anak sedara yang pertama yang dilahirkan pada 21.07.2007
sekarang dah 4 thn dah...petah berkata-kata....dan sgt2 suka melaram..heee
dia ni pun suka menyanyi...



ini yang kedua, dia dilahirkan pada 10.10.2008
beliau ni la satu-satunya yang lahir dekat hospital yang berbeza..
tapi still kat Selangor la kan..dia ini aku jaga dari kecil sampaila sekarang..
heee...dah macam anak sendiri ^_^ dia tersangatlah active...



ini pula yang ketiga, dia ni adik kepada si Nawwar tadi...
dia dilahirkan pada 14.05.2010...dia ni sangatla bersemangat..
dan tersangatla comel..



ini yang terakhir yakni yang keempat~~dia dilahirkan pada 20.12.2010
dia ni sebenarnya seorang yang murah dengan senyuman...
dan tersangatlah ramah...yang pasti dia ni nak bercakap tp
xreti bercakap...hehe...sangat comel...


Jadi itu sahajalah anak2 sedara aku buat masa ini...jika sekiranya ada penambahan akan aku kongsikan bersama anda semua ^_^

adios amigos~~salam~~



HARIJADI EMAK!!

Blueberry Cheese Cake

Harijadi mak dah lama dah berlalu..3 mggu lepas...tapi disebabkan tiada masa untuk 'update' blog ni, baru sekarangla nak cerita ttg sambutan harijadi emak..harijadi mak disambut pada dan ketikanya seminggu lepas birthday mak kerana pada masa itulah semua adik bradik aku ada..hampir semuala tapi..hehe..Mak dilahirkan pada 11hb April 1955 bertempat di negeri Melaka.. sambutan juga diadakan di Melaka yakni di salah satu kedai makan asam pedas yang sedap tapi bagi aku walau sedap maca mana pun asam pedas tu, asam pedas buatan mak aku berkali ganda sedap..hee..ye la kan, xde orang lain yang boleh lawan masakan emak kita walaupun dia tu seorang chef yang terhebat kat dunia ni...air tangan mak adalah yang terbaik!!!! ok, seperti biasa la kan, setiap entry aku mesti ada gambar...hehe...hal ini adalah untuk memeriahkan lagi entry aku ni ha...


Inilah emak aku.. namanya adalah Pn. A'ishah binti Ibrahim..


Walaupun umur perkahwinan emak ngan abah dah 34 tahun,
tapi emak ngan abah still maintain romantik tau...hehe...i like ^_^


Aku dan Emak
~~love you mak~~



~Kaklang~Emak~Abah~



~KakDayah~Emak~Aniq~



~Kaklang~Hakimi~Angah


Hakimi...seorang yang fotogenik..
tengokla tu tgh mkn pun sempat tgk camera..huhu



~Aniq~Achik~



~Angah~Hakimi~
Kimi nak capai daun kat pokok tu...mcmla tinggi sgt..huhu


~Ateh~Anjang~Aniq~
Lapar la pulak tgk makanan2 tu..
ngan air tu sekali sedap..huhu


Makanan sume dah sampai tp aku bergambar lagi..hehe..
al maklumla gambar aku xbyk mana pun..


ehem2...sebenarnya time wat entry ni tersangatlah lapar...huhu
ikan ni aku kongsi berdua ngan Achik..tu pun xabis sebab perut dah kembung
makan ikan kembung ni..hehe



Jadi, makanan tu adalah penutup entry aku ye...best sangat bila dapat berkumpul ramai2 dengan family, makan sama2, gurau sama2..best sangat2 dan semestinya aku akan rindukan saat2 begini..walaupun kadang2 tak semua yang ada tapi aku faham kerana yang xdapat datang ada sebab2 tertentu mereka dan mereka pun mmg berharap nak dtg cuma keadaan tidak mengizinkan mereka datang~~akhir kata adios amigos~~Wassalam~~

HARI KELUARGA


ehem2.....hari ni nak update blog lagi...TERUJA!!! kerana ini adalah kali pertama aku menyertai HARI KELUARGA untuk keluarga IBRAHIM bin KITANG ni, tu yang excited nak update..muahahaha..butir-butir hari keluarga kami adalah seperti berikut :- heee

Tarikh : 30/04/2011 sehingga 01/05/2011

Tempat : Bagan Lalang, Sepang

huhu...lama sudah aktiviti ini berlalu dan sekarang barula aku nak update kan...lambat wat entry ni adalah kerana diriku agak sibuk sedikit...hehe...tp harapnya anda semua suka dengan entry aku kali ini sebab ianya berkisarkan kekeluargaan....manala tau kot2 ada diantara anda pun nak buat hari keluarga ni kan. yang hanya terdiri daripada keluarga anda sahaja ^_^

jadi, untuk memeriahkan lagi entry nih, gambar seharusnya mesti adalah kan..let's check this out~~~~

mula-mula adalah aktiviti mandi laut~~~hehe
kalau dah tempat tu dekat laut, mana boleh xturun laut kan..hoho
ini adalah antara gambar-gambar yang diambil ketika kejadian ^_^


aha~~~ini bonzer2 pantai...mulanya muka relax je tgk adik2
sedaranya mandi tp last2 join jugak ke laut tu...hehe


aha~~~ini adalah insan2 yg bertanggungjawab untuk family day
'my mum n her bro[pak sir] hehehe~~~~


~angah~kimi~anjang~


hakimi~~budak tecik yang xnak keluar dari laut...
haish~~pantang turun laut je...


satu-satunya gambar yang tak diedit...hehe
agak tgh2 lautla juga ni..c kecik hakimi tu bkn main suka la kan~~

Baiklah habis sudah cerita tentang aktiviti mandi laut~~~xkan la nak letak pic manyak2 lak kan....hehe..kalau nak juga anda semua buatla family day kat laut pastu tangkap gambar banyak2 k ^_^


Baiklah~~siapakah pemilik gambar di atas? beliau bukanlah saudara aku..mahupun kenalan rapat tetapi beliau adalah insan yang penting bagi aktiviti hari keluarga kami yang seterusnya iaitu ceramah selepas waktu Isyak oleh beliau iaitu Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim..tetapi sayangnya aku tidak dapat mengikuti aktiviti ini kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan..Namun begitu aku sangat teruja mendengar cerita emakku ttg ceramah yang disampaikan oleh beliau..sangat seronok dan sesuai dengan hari keluarga kami. Sangat rugi rasanya tidak dapat menghadirkan diri ketika itu..jadi tiada gambarlah ketika kejadian...hehe.. apa pun sekurang-kurangnya ada juga gambar beliau ni kan~~beliau ni rupanya bekas Pengarah Kampus UiTM Segamat~~~jadi kepada 'student' UiTM Segamat pastinya mengenali beliau kan~~~ ^_^

Walaupun aku tidak dapat berjumpa dan mendengar ceramah yang disampaikan beliau secara'face to face' aku dapat melihat beliau di Astro Oasis yakni dalam rancangan Cafe Akhil Hayy dan semua yang disampaikan di dalam rancangan itu sama seperti yang disampaikan kepada keluargaku[kata emakku] jadi aku pun dapat juga dengar apa yang disampaikan kepada keluargaku tetapi dalam medium yang berlainan..hehe
ok~~cukup sudah aktiviti kedua~~



Aktiviti seterusnya adalah aktiviti sukaneka~~
mana boleh hari keluarga tiada sukaneka kan...
kerana dengan adanya aktiviti ini,kami dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan kami ^_^ ini
adalah antara gambar-gambar yang diambil ketika kejadian............


ini ialah insan yang bertanggungjawab untuk
aktiviti sukaneka keluarga kami



antara aktiviti kami adalah rebut kerusi~~haha
mcm betul je nama aktiviti tu kan...aku bknnye arif sgt...



kenapakah mereka beratur bertiga begini??
ha ni la aktiviti yang memerlukan kerjasama yang jitu antara ahli kumpulan..
aktivit terompah besar...besar oh terompah tu..



aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 12 thn~~
tiup belon sampai pecah..hehe



aha~~~uniknya hari keluarga kami kan, ada aktiviti mengayam ketupat..
daun ketupat betul punya...bkn guna reben ok~~harap maklum~~



~achik~kimi~nawwar~ayish~

Baiklah~~~tamat sudah entry kali ini....dan semua aktiviti sukaneka yang dijalankan itu ada hadiahnya bagi yang menang..nama pun menang..mestilah ada hadiah kan...

Jadi apa yang ingin aku kongsikan bersama adalah perlunya hari keluarga untuk kita mengenali ahli2 keluarga kita dan dapat mengeratkan lagi hubungan silahturrahim antara keluarga...Hal ini kerana masing2 ada komitmen masing2 dan menyukarkan kita untuk berhubung selalu antara ahli2 keluarga~~walaupun sekarang kita boleh berhubung melalui internet tetapi tetap berbeza jika kita berkumpul beramai2 bersama keluarga~~~oleh itu, jadikanlah hari keluarga ini sebagai aktiviti tahunan bagi keluarga masing-masing ^_^

adios amigos~~~wasalam~~~