Walimatul Urus Achik (20122013)

Assalamualaikum Pembaca :)

Kapt Qusyairi & Puteri Nissa
Entry kawin lagi..hihihi..jadi, bermula la kisah...aku dapat akak ipar yang kedua dalam tahun 2013 yakni bulan tiga(review) dan bulan 12 :) majlis achik aku ni berlangsung seminggu lepas bff aku punya kenduri, boleh tengok kat SINI hehehe :) akak ipar aku yang ni jauh betul asalnya, nun kat Sabah sana..jauh kan abang aku dapat jodoh, tu la orang cakap kalau dah jodoh takkan ke mana..dan akak ipar aku ni sebaya ngan aku..tua 3 minggu je daripada aku..apa-apa pun, tahniah kepada keluarga sendiri sebab dapat ipar baru..hahaha..hebat tapi penat..hehehe..apalagi jom tengok gambar ::check this out::

1
2

  















 

Gambar 1 : Hantaran kedua-dua belah pihak, simple but elegant..
Gambar 2 : Ukiran buah, VIP Gift dan Tuala Muka bersulam...
Semuanya boleh didapati di SINI :)



Pemberian Mas Kahwin..berminat nak tempah? boleh tempah di SINI :)
Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, keluarga kami menerima seorang lagi ahli baru.selamat datang kak chik @ Puteri Nissa yang sudah sah menjadi isteri kepada Kapten Qusyairi @ achik..

 Pasangan mempelai dengan persalinan sanggul lintang yang dibawa khas dari Melaka bergambar bersama anak2 buah mereka..ceh ayat skema sangat..hahaha..apa pun kalau berminat nak pakai sanggul lintang tu bolehla tempah kat SINI :) nak tahu apa dia sanggul lintang ni boleh pergi kat SINI

 Le Familia...
hampir semua ada..yang takde cuma along je..
biasala, adik2 kawin memang dia tak akan ada, masa dia kawin je dia ada..hahaha

 Keluarga Angkat
Thanks kak miza dan keluarga yang bersusah masa hari kejadian, 
kalau akak tak de memang banyakla lebih door gift hari tu..hehe

 The Sword Bearer

 Gambar dengan pengantin wajibla ada..hahaha

 I'm the only one from semenanjung...tapi maintain cute okay..hihihi

Akhirnya, kawin sudah abang aku yang last, lepas ni sudah tentu aku pulak yang kena berdepan dengan soalan2 yang agak cepumas tu...sabar semuanya ye, insyaAllah ada jodoh sampaila kad kawin tu...doakan ye...hehehe...apa2 pun buat achik dan isteri, moga cepat menimang cahaya mata, dah lama tak jaga orang dalam pantang ni..sebab makanan2 untuk orang pantang ni kadang2 sedap juga jadi bolehla tumpang dua kaki...hahaha..*penutup majlis untuk tahun ini..akhir kata ::


'SEMOGA KEKAL dan BAHAGIA HINGGA KE SYURGA, AAMINN :)'



Walimatul Urus BFF ^_^

Assalamualaikum Pembaca :)

Gambar ni sebelum nikah :)



Fuhhhhh...lamanya tak update blog ni...berhabuk sudah..hahaha...al-maklumla sibuk dengan macam2 hal..wedding planner kan ^^...so, siapa mereka berdua ni? tadaaaa, ni la bff aku yang bertunang bulan tiga 2013 tu, nikah pun 2013 tp bulan 12 la...sekejap je mereka ni bertunang...dan both of them know me well..hehehe...nak throwback entry pertunangan mereka berdua ni boleh klik kat sini. Tak banyak benda sangat aku nak cerita kat entry ni tapi ni la kawan pertama aku yang aku datang masa nikah. Rasa macam tak seronok nak cerita sebab tak ada gambar kan, so, ::check this out::

 Alhamdulillah...dengan sekali lafaz, Noor Faizal bin Che Mat sah menjadi suami kepada Nurul Hafizah binti Azizan...tu dia...aku bagi nama penuh dua-dua..pasni doakan aku pulak ye...hehehe

Ha...ni sebenarnya tak plan pun yang aku kena bawak raja sehari ni pergi masjid sebabnya memang tak plan pun..hehe..setibanya aku di rumah pengantin, kereta aku dipilih untuk membawa VVIP ni...class kau...hahaha...bawak pun slow n steady je...konon...

 Seperti yang diketahui, aku dengan si Hafizah ni kawan rapat dari form 6 sampaila masuk universiti, yang belah kanan aku tu kawan form 6 kami, yang belah kiri tu pulak kawan UiTM kami (p/s: 3 masih single, tak termasuk aku ye)

 Kawan tingkatan enam (Kami ikut tema)

 Kawan UiTM ( 2 je yang ikut tema), yang tengah tu dah bertunang ye..
ada juga entry dia, kalau nak baca, bolehla klik sini.

Gambar terakhir untuk entry kali ini, semua tempat pun kami ni bergambar, ingat pengantin je ke? hahaha...

Lepas ni, tak tau la bila lagi boleh jumpa dengan geng2 tingkatan 6 ngan UiTM ni.agak2 sape punya majlis pulak kan..insyaAllah aku akan cuba datang dan jangan segan or malu nak gunakan khidmat aku ye :D sempat lagi nak promote..aku akan merindui kalian semua...cewahhhh ayat, tangkap leleh tak? hahaha..akhir kata ::

SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA :)