SELAMAT HARI IBU :)

Assalamualaikum Pembaca :)

SUMBER GAMBAR : PAKCIK GOOGLE

Sempena Hari Ibu ni, rasa nak buat entry pasal Mak..Mak yang melahirkan aku 9 bulan 10 hari dan untuk pengetahuan semua, aku ni lahir sonsang tapi nasib baiklah otak ni tak songsang..hehe :p aku ni tak lah pandai bermadah helah sangat, so, aku pun buatla entry ni..nak cipta puisi apatah lagi, lagila tak pandai. Cuma nak bagitahu Selamat Hari Ibu buat mak yang melahirkan wani :) Hari-hari pun hari ibu sebenarnya :) So, this is about my mom, Check it out :-

Nama mak aku A'ISHAH BT IBRAHIM, dilahirkan di MELAKA pada 11/04/1955 jadi umur mak aku sekarang dah 59 tahun, kadang2 aku pelik budak2 zaman sekarang ni, tarikh lahir mak sendiri pun tak ingat apatah lagi umur mak sendiri, adik-adik, mohon prihatin sikit bab-bab ni, tarikh lahir buah hati memasing korang ingat pulak kan, siap nak bagi hadiah bagai..kemain lagi ye..ok, berbalik kepada mak..Mak ni anak sulung daripada 12 orang adik beradik, ramaikan? yang ramai tu la meriah..kan kan kan..hehehe..mak juga suri rumah sepenuh masa, al maklumla anak ramai kalau bekerja siapa pula nak jaga kan nnt kalau anta kat nursery lain pulak jadinya..

Mak Aku :)

Jadi sempena hari ibu ni juga, wani nak berterima kasih kat mak dengan segala macam yang mak berikan kat wani selama 25 tahun ni, termasuk masa dalam perut yang 9 bulan 10 hari tu yang tak dapat wani nak balas:-
  1. TERIMA KASIH sebab setia bawak wani pergi mana2 masa dalam perut mak..entah apa la alahan dan rintangan yang mak hadapi masa mengandungkan wani.
  2. TERIMA KASIH sebab lahirkan wani dengan cukup sifat dan comel lagi montel masa tu..haha..ok, ni perasan :p
  3. TERIMA KASIH sebab jaga wani masa wani kecik sampailah dah besar ni tanpa sebarang rungutan.
  4. TERIMA KASIH sebab suap wani makan lepas balik dari sekolah, rasanya sampai darjah 4 kot, kadang-kadang masa darjah 6 pun minta suap juga..hahaha..maaf ye adik bongsu :p
  5. TERIMA KASIH sebab selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar kat wani walaupun kadang2 wani dengar je tapi tak ikut..minta maaf ya mak :)
  6. TERIMA KASIH juga sebab selalu melayan kerenah wani daripada wani kecik sampailah dah besar ni ha.
  7. TERIMA KASIH sebab masakkan asam pedas ikan kembung kalau wani minta dan kalau wani balik dari belajar pun ada juga asam pedas tu.
  8. TERIMA KASIH sebab marah wani, wani tahu mak marah untuk kebaikan wani dan yang lain.
  9. TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH atas semua yang mak lakukan untuk wani dan adik beradik yang lain, terlalu banyak kalau nak senaraikan kat sini. Apapun kami sayang mak dunia dan akhirat :)
Jasa seorang ibu memang bukan mudah untuk kita balas, dengan kesabaran, kecekalan dan ketabahan nak jaga anak2 yang macam-macam kerenah ni bukan senang,Ya Allah, sungguh besar pengorbanan seorang ibu dan ibu la yang paling berhak mendapat layanan yang baik daripada kita..bukan pakcik, makcik, atuk, nenek, tapi MAK/IBU/UMMI/MAMA :) let's check this out :-

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya;
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik baiknya?"
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
     Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
     Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Sumber Sahih]

Ketika Hari Konvokasyen Aku :)

 "Akhir kata...SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DAN BAKAL2 IBU DI SELURUH DUNIA..."
 
 

Jual baju kurung pulak :) (MILLA COLLECTION)

Assalamualaikum Pembaca :)



fuh...dah lama sgt tak update blog ni..al maklum la sibuk sikit dengan pelbagai komitmen..hehe..tujuan buat entry ni sebab nak bagitahu yang sekarang ni aku jual baju pulak..daripada MILLA COLLECTION..aku salah sorang agen berdaftar untuk jual baju kurung MILLA..ala, Mila AF5 tu..hehe..jadi, kepada sesiapa saje yang berminat nak beli baju dari aku, boleh je contact dari macam2 sumber teknologi yang ada sekarang ni macam wechat, whatsapp, line, facebook, twitter, dan instagram...semua pon available..jadi, kat sini aku sertakan sebahagian koleksi baju kurung yang ada dekat MILLA COLLECTION ni..yang aku sertakan ni koleksi kedua..kalau nak tahu lebih detail boleh tengok dekat page official FB aku kat SINI ataupun kat INSTAGRAM official business aku :) let's check this out :-









Semua baju ni adalah dari kain jenis High Quality English Cotton, harga pun berpatutan, tak mahal pun student pun mampu beli, ni baru second collection dari kami, 1st collection bolehla check kat link fb tadi :) saiz yang ada bagi baju ni, daripada XS-XXL jadi, tak perlu risau tentang saiz..oh ye, baju kurung pahang tau, yang pesak besar tu, ada cutting sikit so sangat cantik..jadi, jika anda semua berminat, boleh check kat insta @ fb aku ye..grab it now sebab penjualan koleksi yang ni sangat laju...

"JOM SHOPPING"



Walimatul Urus Achik (20122013)

Assalamualaikum Pembaca :)

Kapt Qusyairi & Puteri Nissa
Entry kawin lagi..hihihi..jadi, bermula la kisah...aku dapat akak ipar yang kedua dalam tahun 2013 yakni bulan tiga(review) dan bulan 12 :) majlis achik aku ni berlangsung seminggu lepas bff aku punya kenduri, boleh tengok kat SINI hehehe :) akak ipar aku yang ni jauh betul asalnya, nun kat Sabah sana..jauh kan abang aku dapat jodoh, tu la orang cakap kalau dah jodoh takkan ke mana..dan akak ipar aku ni sebaya ngan aku..tua 3 minggu je daripada aku..apa-apa pun, tahniah kepada keluarga sendiri sebab dapat ipar baru..hahaha..hebat tapi penat..hehehe..apalagi jom tengok gambar ::check this out::

1
2

  















 

Gambar 1 : Hantaran kedua-dua belah pihak, simple but elegant..
Gambar 2 : Ukiran buah, VIP Gift dan Tuala Muka bersulam...
Semuanya boleh didapati di SINI :)



Pemberian Mas Kahwin..berminat nak tempah? boleh tempah di SINI :)
Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, keluarga kami menerima seorang lagi ahli baru.selamat datang kak chik @ Puteri Nissa yang sudah sah menjadi isteri kepada Kapten Qusyairi @ achik..

 Pasangan mempelai dengan persalinan sanggul lintang yang dibawa khas dari Melaka bergambar bersama anak2 buah mereka..ceh ayat skema sangat..hahaha..apa pun kalau berminat nak pakai sanggul lintang tu bolehla tempah kat SINI :) nak tahu apa dia sanggul lintang ni boleh pergi kat SINI

 Le Familia...
hampir semua ada..yang takde cuma along je..
biasala, adik2 kawin memang dia tak akan ada, masa dia kawin je dia ada..hahaha

 Keluarga Angkat
Thanks kak miza dan keluarga yang bersusah masa hari kejadian, 
kalau akak tak de memang banyakla lebih door gift hari tu..hehe

 The Sword Bearer

 Gambar dengan pengantin wajibla ada..hahaha

 I'm the only one from semenanjung...tapi maintain cute okay..hihihi

Akhirnya, kawin sudah abang aku yang last, lepas ni sudah tentu aku pulak yang kena berdepan dengan soalan2 yang agak cepumas tu...sabar semuanya ye, insyaAllah ada jodoh sampaila kad kawin tu...doakan ye...hehehe...apa2 pun buat achik dan isteri, moga cepat menimang cahaya mata, dah lama tak jaga orang dalam pantang ni..sebab makanan2 untuk orang pantang ni kadang2 sedap juga jadi bolehla tumpang dua kaki...hahaha..*penutup majlis untuk tahun ini..akhir kata ::


'SEMOGA KEKAL dan BAHAGIA HINGGA KE SYURGA, AAMINN :)'



Walimatul Urus BFF ^_^

Assalamualaikum Pembaca :)

Gambar ni sebelum nikah :)



Fuhhhhh...lamanya tak update blog ni...berhabuk sudah..hahaha...al-maklumla sibuk dengan macam2 hal..wedding planner kan ^^...so, siapa mereka berdua ni? tadaaaa, ni la bff aku yang bertunang bulan tiga 2013 tu, nikah pun 2013 tp bulan 12 la...sekejap je mereka ni bertunang...dan both of them know me well..hehehe...nak throwback entry pertunangan mereka berdua ni boleh klik kat sini. Tak banyak benda sangat aku nak cerita kat entry ni tapi ni la kawan pertama aku yang aku datang masa nikah. Rasa macam tak seronok nak cerita sebab tak ada gambar kan, so, ::check this out::

 Alhamdulillah...dengan sekali lafaz, Noor Faizal bin Che Mat sah menjadi suami kepada Nurul Hafizah binti Azizan...tu dia...aku bagi nama penuh dua-dua..pasni doakan aku pulak ye...hehehe

Ha...ni sebenarnya tak plan pun yang aku kena bawak raja sehari ni pergi masjid sebabnya memang tak plan pun..hehe..setibanya aku di rumah pengantin, kereta aku dipilih untuk membawa VVIP ni...class kau...hahaha...bawak pun slow n steady je...konon...

 Seperti yang diketahui, aku dengan si Hafizah ni kawan rapat dari form 6 sampaila masuk universiti, yang belah kanan aku tu kawan form 6 kami, yang belah kiri tu pulak kawan UiTM kami (p/s: 3 masih single, tak termasuk aku ye)

 Kawan tingkatan enam (Kami ikut tema)

 Kawan UiTM ( 2 je yang ikut tema), yang tengah tu dah bertunang ye..
ada juga entry dia, kalau nak baca, bolehla klik sini.

Gambar terakhir untuk entry kali ini, semua tempat pun kami ni bergambar, ingat pengantin je ke? hahaha...

Lepas ni, tak tau la bila lagi boleh jumpa dengan geng2 tingkatan 6 ngan UiTM ni.agak2 sape punya majlis pulak kan..insyaAllah aku akan cuba datang dan jangan segan or malu nak gunakan khidmat aku ye :D sempat lagi nak promote..aku akan merindui kalian semua...cewahhhh ayat, tangkap leleh tak? hahaha..akhir kata ::

SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA :)