Walimatul Urus Ateh(THROWBACK)

Assalamualaikum Pembaca :)

23 Mac 2014
Tadaaa....aku bukan xde cerita baru nak kongsi, cuma tengok pada kesesuaian jugak kan..hehehe(gedik kan :p) tak kisahlah, yang penting aku memang dah cakap nak cerita tentang perkahwinan abg aku yang no 4 ni..tapi takde la banyak sangat pun nak cerita, sebab aku lebih suka bercerita melalui gambar.. cewahhh..hehehe..Yuna cakap setiap gambar ada lagu..tapi bagi aku setiap gambar ada cerita yang tersembunyi..::check this out::

 Hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan, 7 dulang termasuk wang hantran...berminat nak tempah? boleh je direct ke Ben Mael Ent. nak sewa dulang hantaran pun boleh :)

Hantaran pihak perempuan kepada lelaki..semuanya patut 9, tapi ini je yang aku sempat snap..hahaha :)

 kiri : majlis resepsi, kanan : lepas nikah
*hari yang berbeza :)

My Family..tapi tak semua pun yang ada sebab masing2 ada komitmen tersendiri..biasala bila dah kerja, bukan boleh cuti sesuka hati, walaupun bos..

 
Pembawa dulang hantaran..hihi...cantikkan, sama je baju mereka..aku kerahkan tenaga diorang ni utk bawa..dan kenapa aku tak ada? sebabnya i'm the WEDDING PLANNER..amboi huruf nak besar je kan..hahaha..by the way, thanks girls :)

 Gambar dengan pengantin wajib ada! hahaha

 Majlis buat kat Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu..buat sekaligus pihak lelaki dan perempuan sebabnya satu mukim..hahaha..lagipun, kenalan mak ayah pengantin perempuan ni orang yang sama..KKB ni, bukan besar mana pun...hehe

 Guestbook...bukan aku yang buat...hahaha..lagipun ni belah perempuan..

 Making of Receptions..

 Making of.....semua bunga hidup untuk buat bunga dulang hantaran :)

dan sebenarnya, wedding planner pun susah juga tau...hehe..tapi cabaran tu yang membuatkan semua wedding planner yang ada ni hebat dan lebih matang..apa pun, wani doakan ateh dan kak teh bahagia hingga ke syurga..tak sabar nak tunggu anak buah baru ni...cepat-cepat dapat baby ye...hahaha...tu semua kan rezeki..insyaAllah, kita doa sama-sama..*hujung tahun ni dapat lagi sorang akak ipar..hahaha..setahun 2 orang, cepatla abis anak2 esah+mail kawin...akhir kata::

'SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA, AAMINN :)'



MENARA CONDONG ^^

Assalamualaikum Pembaca :)


Cerita tentang kelmarin..sebenarnya tak banyak gambar pun amik kat sana sebab bateri fon pun dah low, pastu kamera pun tak bawak..datang sini pun tak dirancang, kebetulan pergi kenduri anak kawan abah dan dah dekat pulak dengan Menara Condong ni, jadi kami pun pergi la :) Ini la kali pertama aku pergi sana..excited juga tapi lagi excited budak kecik tu ha..ala, nama pun budak kecik memangla excited lebih kan..hahaha..comel je dia..::Check this out::

 
Menara Condong..mercu tanda Teluk Intan :)

 36 tahun sudah usia perkahwinan Mak n Abah...tapi still romantik tau..hehe

 Ni gambar curi...diorang pun tak tau gambar diorang ni diambil..hihihi

No caption..hahaha..btw, yang belah kiri tu kat tingkat 3 Menara Condong tu :)

Jadi, siapa cakap kat Malaysia xde tempat menarik? Terlalu banyak tempat menarik dan aku pasti ada lagi yang belum pergi setiap pelusuk kat negara kita ni..aku sendiri pun belum lepas ke Sarawak lagi, tapi Sabah dah pergi dah tapi tak puas..hahaha..Apa-apa pun, marilah kita melawat negara kita ni sampai habis dulu nnt senangla kita nak promote dekat kawan-kawan kita dari negara lain kan :) Akhir kata::

"JOM CUTI-CUTI MALAYSIA"



Wayang Kali Ini : Cloudy with a chance of Meatballs ^^

Assalamualaikum Readers :)

No 1 (2009)


No 2 (2013)























Hari ni nak cerita tentang filem animasi yang aku rasa best sangat2..haha..mula2 aku tengok dekat channel astro tp xingat channel apa..mungkin HBO kot..sampai aku record cerita tu..pastu ulang2 sebab tak bosan..dan tak sangka pulak ada yang no dua ni..no dua ni adventure sikit..best..comel2 belaka..jadi, cerita ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Flint Lockwood(Bill Hader) yang bercita2 nak jadi inventors tapi alat2 yang dia cipta semua tak jadi tapi dia tak pernah putus asa sampaila dia cipta mesin yang boleh menghasilkan makanan dan mesin tu memang menjadi tapi ada juga kesan buruk terhadap penduduk2 kat situ la..dan ianya merbahaya...kiranya alat dia ni bukan long lasting la..kalau nak tau lebih lanjut sila la menonton ceritanya..download pon boleh sekarang ni cuma aku tak ada link untuk korang download movie ni..yang aku mampu bagi cuma trailer dia sahaja..hehehe ::let's check this out::

 Haaa...inila mesin makanan yang dia cipta..ape ntah namanya..susah nak sebut..tu yang tak ingat...hahaha

 Ni jelly yang dia buat sebab nak try si Sam Spark(Anna Faris)

 Ni hari pembukaan pulau baru diorang sebelum berlakunya bencana makanan

Ini trailer untuk yang nombor satu

Kisah yang no dua ni pulak, pulau yang diorang tinggal ni dah xboleh nak duduk sebab dah dipenuhi oleh makanan2 yang besar2 kiranya dah jadi pulau makananla..nak dipendekkan cerita, mesin yang dicipta oleh Flint ni hidup balik (aku ingat dah rosak sbb dlm 1st movie tu mcm dah meletup..rupanya tidak) dan mesin itu telah memghasilkan makanan2 yang boleh hidup..korang bayangkanla semua makanan yang ada kat bumi ni boleh hidup dan comel2 sangat..kadang2 rasa macam nak masuk dalam movie tu..hahaha..dan di situla munculnya Barry yang comel..hahaha..rasa macam nak bela pon ada tapi tu kan movie, kartun pulak tu..hehe jadi ::let's check this out::

watak-watak utama dalam movie ni..

 haaaa..inilah Barry..comelkan dia...time dia translate bahasa Flint nak bagitahu kawan2 dia lagi comel..

Okay..Flint takut kat Barry walaupun Barry comel..hahaha

 Ini la spesis makanan yang hidup..dinosaur pon ada tu..

 Ini trailer untuk yang no dua

Entry ini ditulis bukan untuk promote movie ni sangat tapi sekadar nak berkongsi..kalau boleh sokongla industri filem melayu kan cuma aku rasa movie ni best kalau aku nak berkongsi (aku mmg otak kartun sikit..hahaha) jadi, tak rugi pun kalau korang tengok..tak dapat tengok kat wayang pun, nanti mesti akan keluar..tapi kat Astro movie la kan..akhir kata ::

"SELAMAT MENONTON"

Another Engagement ^^

Assalamualaikum Readers :)

 Pelamin beliau..

Tadaaaa...entry pertama dalam bulan Oktober dan sorang lagi kawan aku selamat bertunang..classmate aku masa kat UiTM dihatiku dulu...Ermelia namanya tapi aku panggil dia ni Emy model sebab dalam kelas aku ada dua orang nama Amy ni..(ejaan je lain, tapi sebutan sama..)by the way, aku kenal Emy ni pun start part 3 sebab dia sambung terus masuk part 3..disebabkan kelas kami ni tak berapa nak ramai, g mana2 muka tu juga la yg nampak..kelas pun tak berapa nak penuh..hahaha..aku nak cerita banyak pun tak best kalau xde gambar..aku kan suka sangat letak gambar dalam entry aku..hahaha ::check this out:: 


 Beliau punya 'gift'


 Beliau punya baju..warna turquoise


 Tadaaaa...ini la beliau..cantik kan? bertambah cantik bila make up...sepatutnya dua daripada kitorang yang datang ni kena duduk sebelah beliau tu tapi masing2 tak nak..ngehngeh..sebabnye kami malu..hahahaha :p


 okay...mereka sampai dulu..jeles sebab gambar aku xde..hahaha


 haaa..dah cukup yang datang je la...7 orang semuanya...ex marketing student..hahaha..miss all moment with them..si yang bertunang dah kat luar, yang kami pulak kat dalam bilik bergambar..hahaha


 Alhamdulillah..selamat sudah menjadi tunangan orang...jaga2 emy, darah manis tu...


 Gambar terakhir dalam entry ini..hahaha...sebelum dan selepas majlis..agak siapa pulak lepas ni ye? ada lagi 5 orang lagi yang dalam gambar tu(tak termasuk aku)...cepat2 sikit ye kawan2...hehehe

Seperti biasa, jangan ditanya mana tunang beliau sebab aku tak perasan yang tunang beliau ada datang dan bateri kamera aku pun dah abis waktu tu...kalau nak tengok, tunggu diorang ni kawen la ye...yakni 18 bulan lagi..selamat menjadi tunangan orang ye emy..kita jumpa dekat next wedding nanti ye..14 november 2013 jangan dilupa pulak kawan2...best jumpa korang semua Syakirah, Farah, Dalila, Atin, Ain, Amy dan Emy...hahaha..tu la payah ada 2 nama dalam 1 kelas ni..harap2 14hb nanti tu dapatla jumpa semua classmate..akhir kata::

::SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA::