Walimatul Urus Ateh(THROWBACK)

Assalamualaikum Pembaca :)

23 Mac 2014
Tadaaa....aku bukan xde cerita baru nak kongsi, cuma tengok pada kesesuaian jugak kan..hehehe(gedik kan :p) tak kisahlah, yang penting aku memang dah cakap nak cerita tentang perkahwinan abg aku yang no 4 ni..tapi takde la banyak sangat pun nak cerita, sebab aku lebih suka bercerita melalui gambar.. cewahhh..hehehe..Yuna cakap setiap gambar ada lagu..tapi bagi aku setiap gambar ada cerita yang tersembunyi..::check this out::

 Hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan, 7 dulang termasuk wang hantran...berminat nak tempah? boleh je direct ke Ben Mael Ent. nak sewa dulang hantaran pun boleh :)

Hantaran pihak perempuan kepada lelaki..semuanya patut 9, tapi ini je yang aku sempat snap..hahaha :)

 kiri : majlis resepsi, kanan : lepas nikah
*hari yang berbeza :)

My Family..tapi tak semua pun yang ada sebab masing2 ada komitmen tersendiri..biasala bila dah kerja, bukan boleh cuti sesuka hati, walaupun bos..

 
Pembawa dulang hantaran..hihi...cantikkan, sama je baju mereka..aku kerahkan tenaga diorang ni utk bawa..dan kenapa aku tak ada? sebabnya i'm the WEDDING PLANNER..amboi huruf nak besar je kan..hahaha..by the way, thanks girls :)

 Gambar dengan pengantin wajib ada! hahaha

 Majlis buat kat Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu..buat sekaligus pihak lelaki dan perempuan sebabnya satu mukim..hahaha..lagipun, kenalan mak ayah pengantin perempuan ni orang yang sama..KKB ni, bukan besar mana pun...hehe

 Guestbook...bukan aku yang buat...hahaha..lagipun ni belah perempuan..

 Making of Receptions..

 Making of.....semua bunga hidup untuk buat bunga dulang hantaran :)

dan sebenarnya, wedding planner pun susah juga tau...hehe..tapi cabaran tu yang membuatkan semua wedding planner yang ada ni hebat dan lebih matang..apa pun, wani doakan ateh dan kak teh bahagia hingga ke syurga..tak sabar nak tunggu anak buah baru ni...cepat-cepat dapat baby ye...hahaha...tu semua kan rezeki..insyaAllah, kita doa sama-sama..*hujung tahun ni dapat lagi sorang akak ipar..hahaha..setahun 2 orang, cepatla abis anak2 esah+mail kawin...akhir kata::

'SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA, AAMINN :)'



MENARA CONDONG ^^

Assalamualaikum Pembaca :)


Cerita tentang kelmarin..sebenarnya tak banyak gambar pun amik kat sana sebab bateri fon pun dah low, pastu kamera pun tak bawak..datang sini pun tak dirancang, kebetulan pergi kenduri anak kawan abah dan dah dekat pulak dengan Menara Condong ni, jadi kami pun pergi la :) Ini la kali pertama aku pergi sana..excited juga tapi lagi excited budak kecik tu ha..ala, nama pun budak kecik memangla excited lebih kan..hahaha..comel je dia..::Check this out::

 
Menara Condong..mercu tanda Teluk Intan :)

 36 tahun sudah usia perkahwinan Mak n Abah...tapi still romantik tau..hehe

 Ni gambar curi...diorang pun tak tau gambar diorang ni diambil..hihihi

No caption..hahaha..btw, yang belah kiri tu kat tingkat 3 Menara Condong tu :)

Jadi, siapa cakap kat Malaysia xde tempat menarik? Terlalu banyak tempat menarik dan aku pasti ada lagi yang belum pergi setiap pelusuk kat negara kita ni..aku sendiri pun belum lepas ke Sarawak lagi, tapi Sabah dah pergi dah tapi tak puas..hahaha..Apa-apa pun, marilah kita melawat negara kita ni sampai habis dulu nnt senangla kita nak promote dekat kawan-kawan kita dari negara lain kan :) Akhir kata::

"JOM CUTI-CUTI MALAYSIA"



Wayang Kali Ini : Cloudy with a chance of Meatballs ^^

Assalamualaikum Readers :)

No 1 (2009)


No 2 (2013)























Hari ni nak cerita tentang filem animasi yang aku rasa best sangat2..haha..mula2 aku tengok dekat channel astro tp xingat channel apa..mungkin HBO kot..sampai aku record cerita tu..pastu ulang2 sebab tak bosan..dan tak sangka pulak ada yang no dua ni..no dua ni adventure sikit..best..comel2 belaka..jadi, cerita ini mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Flint Lockwood(Bill Hader) yang bercita2 nak jadi inventors tapi alat2 yang dia cipta semua tak jadi tapi dia tak pernah putus asa sampaila dia cipta mesin yang boleh menghasilkan makanan dan mesin tu memang menjadi tapi ada juga kesan buruk terhadap penduduk2 kat situ la..dan ianya merbahaya...kiranya alat dia ni bukan long lasting la..kalau nak tau lebih lanjut sila la menonton ceritanya..download pon boleh sekarang ni cuma aku tak ada link untuk korang download movie ni..yang aku mampu bagi cuma trailer dia sahaja..hehehe ::let's check this out::

 Haaa...inila mesin makanan yang dia cipta..ape ntah namanya..susah nak sebut..tu yang tak ingat...hahaha

 Ni jelly yang dia buat sebab nak try si Sam Spark(Anna Faris)

 Ni hari pembukaan pulau baru diorang sebelum berlakunya bencana makanan

Ini trailer untuk yang nombor satu

Kisah yang no dua ni pulak, pulau yang diorang tinggal ni dah xboleh nak duduk sebab dah dipenuhi oleh makanan2 yang besar2 kiranya dah jadi pulau makananla..nak dipendekkan cerita, mesin yang dicipta oleh Flint ni hidup balik (aku ingat dah rosak sbb dlm 1st movie tu mcm dah meletup..rupanya tidak) dan mesin itu telah memghasilkan makanan2 yang boleh hidup..korang bayangkanla semua makanan yang ada kat bumi ni boleh hidup dan comel2 sangat..kadang2 rasa macam nak masuk dalam movie tu..hahaha..dan di situla munculnya Barry yang comel..hahaha..rasa macam nak bela pon ada tapi tu kan movie, kartun pulak tu..hehe jadi ::let's check this out::

watak-watak utama dalam movie ni..

 haaaa..inilah Barry..comelkan dia...time dia translate bahasa Flint nak bagitahu kawan2 dia lagi comel..

Okay..Flint takut kat Barry walaupun Barry comel..hahaha

 Ini la spesis makanan yang hidup..dinosaur pon ada tu..

 Ini trailer untuk yang no dua

Entry ini ditulis bukan untuk promote movie ni sangat tapi sekadar nak berkongsi..kalau boleh sokongla industri filem melayu kan cuma aku rasa movie ni best kalau aku nak berkongsi (aku mmg otak kartun sikit..hahaha) jadi, tak rugi pun kalau korang tengok..tak dapat tengok kat wayang pun, nanti mesti akan keluar..tapi kat Astro movie la kan..akhir kata ::

"SELAMAT MENONTON"

Another Engagement ^^

Assalamualaikum Readers :)

 Pelamin beliau..

Tadaaaa...entry pertama dalam bulan Oktober dan sorang lagi kawan aku selamat bertunang..classmate aku masa kat UiTM dihatiku dulu...Ermelia namanya tapi aku panggil dia ni Emy model sebab dalam kelas aku ada dua orang nama Amy ni..(ejaan je lain, tapi sebutan sama..)by the way, aku kenal Emy ni pun start part 3 sebab dia sambung terus masuk part 3..disebabkan kelas kami ni tak berapa nak ramai, g mana2 muka tu juga la yg nampak..kelas pun tak berapa nak penuh..hahaha..aku nak cerita banyak pun tak best kalau xde gambar..aku kan suka sangat letak gambar dalam entry aku..hahaha ::check this out:: 


 Beliau punya 'gift'


 Beliau punya baju..warna turquoise


 Tadaaaa...ini la beliau..cantik kan? bertambah cantik bila make up...sepatutnya dua daripada kitorang yang datang ni kena duduk sebelah beliau tu tapi masing2 tak nak..ngehngeh..sebabnye kami malu..hahahaha :p


 okay...mereka sampai dulu..jeles sebab gambar aku xde..hahaha


 haaa..dah cukup yang datang je la...7 orang semuanya...ex marketing student..hahaha..miss all moment with them..si yang bertunang dah kat luar, yang kami pulak kat dalam bilik bergambar..hahaha


 Alhamdulillah..selamat sudah menjadi tunangan orang...jaga2 emy, darah manis tu...


 Gambar terakhir dalam entry ini..hahaha...sebelum dan selepas majlis..agak siapa pulak lepas ni ye? ada lagi 5 orang lagi yang dalam gambar tu(tak termasuk aku)...cepat2 sikit ye kawan2...hehehe

Seperti biasa, jangan ditanya mana tunang beliau sebab aku tak perasan yang tunang beliau ada datang dan bateri kamera aku pun dah abis waktu tu...kalau nak tengok, tunggu diorang ni kawen la ye...yakni 18 bulan lagi..selamat menjadi tunangan orang ye emy..kita jumpa dekat next wedding nanti ye..14 november 2013 jangan dilupa pulak kawan2...best jumpa korang semua Syakirah, Farah, Dalila, Atin, Ain, Amy dan Emy...hahaha..tu la payah ada 2 nama dalam 1 kelas ni..harap2 14hb nanti tu dapatla jumpa semua classmate..akhir kata::

::SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA::


SANGGUL LINTANG

Assalamualaikum Readers :)

Gambar : KOSMO Online
Entry hari ni aku nak bercerita tentang sanggul lintang(perhiasan tradisi pengantin Melaka) masih ada lagi ke orang pakai sanggul lintang masa bersanding? Jawapannya, ya masih ada tapi tak sama dengan sanggul lintang dulu2..banyak beza sanggul lintang moden dengan sanggul lintang tradisional ni..kalau yang moden, ringan banyak dan senang nak pakai tapi kalau yang trdisional punya, tu diaaaaaaa lama nak pakai dan berat...actually, aku kalau boleh masa bersanding nanti pun nak pakai sanggul lintang juga..hihihi ::check this out::


Gambar : Lumiere Concept
 Okay, inilah sanggul lintang..hahaha, mcm kat atas tu bukan pulak kan..yang no. 1 tu sanggul lintang moden, kenapa moden? sebab tu jenis yang letak terus atas kepala..yang no 2 pulak, tradisional punya, nampak tak ada bunga-bunga tu? bunga betul tu tau..berat, kena cucuk satu2 tapi hasilnya cun meletop vavabom...kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh baca kat SINI ataupun kat SINI


Gambar : Smilestory Studio
Kalau perempuan pakai sanggul lintang, lelaki kena pakai mcm tu..ape namanye aku pun tak tau..tapi secara tradisionalnya macam tu la yang lelaki kena pakai..hehehe..tapi pakai tanjak pun boleh cuma macam tak tradisional Melaka sangatla kan..


Haaaa, kenapa aku nak sangat pakai sanggul lintang kalau aku kahwin nanti? sebabnya mak aku pun pakai masa dia kahwin dulu..lepas je tengok gambar mak aku ni, terus aku 'aim' nak pakai sanggul lintang nanti..abah aku pulak pakai tanjak je..

Jadi, tu sahajala yang aku nak kongsikan, pada rakyat Melaka, marilah kita pakai sanggul lintang..sekali seumur hidup..apa salahnya kan, cantik pun cantik..Raja Sehari kan..(ala-ala Puteri Hang Li Po)..akhir kata :: Selamat Pengantin Baru Adam dan Fiza :) ::


PERTUNANGAN BFF AKU

Assalamualaikum Readers :)



Tadaaaa....korang ingat tak gambar ni? gambar ni la yang aku gunakan untuk 'pre-entry' kononnye..poyo kan nak ada pre entry bagai..hahaha..ini la kawan baik aku dari aku form six sampaila masuk UiTM..antara kawan2 baik aku, dia la yang 1st bertunang..tahniah yunk..happy for you..doakan aku pulak ye..hihihi..InsyaAllah ada jodoh ada la kan :) berbalik pada cerita beliau ni, dia ni anak sulung, baik, penyayang, bertanggungjawab..

Paling aku tak boleh lupa masa aku tengah demam teruk masa study dulu(kitorang ni coursemate, classmate, housemate n roomate) teruknya demam aku ni sampai xde selera makan, badan panas, makan ubat pun macam tu juga, badan seram sejuk je..korang tau ape dia buat(aku dah rasa nak nangis ni..terharu sangat)? masa aku tengah tidur, rupa-rupanya dia masak bubur lobak, terharu sangat lepas tu dia bagi aku makan, masa tu memang tak rasa apa pun aku makan tapi dia risaukan aku sebab dua hari aku tak makan, yang kelakarnya dia paksa aku makan..hihihi..diala yang aku ada masa kat UiTM..lagi satu, dia ada motor je, mcm mana nak bwk aku g klinik kan, korang tau tak dia call classmate kitorang yang lain mintak tolong hantar aku pergi klinik..sayangnya dia kat aku :) dah lain pulak aku cerita ni..hahaha..aku just nak share ngan korang betapa sayangnya dia kat aku..hehehe...

Okay2 back to the title of the entry..pertunangan beliau ni berlangsung pada 16/03/2013 (Sabtu) awal aku datang dengan bff kitorang (Shakirah Hamzah) majlisnya lepas Asar tapi kitorang datang lepas Zohor..eh, kitorang pulak yang excited..hahaha...jadi, tak sahla kalau tak ada gambar kan..hehehe ::check this out::

 Ni hantaran dari kedua2 belah pihak, 9 balas 11 tak silap aku..yang biru tu pihak perempuan dan yang merah pula pihak lelaki..bunga betul tu..xde tipu punya..hihi..


 Ha.......ni plak mini pelamin beliau bertunang..simple n sweet..aku suka bunga2 yang ada tu..hehe

 Kami best friend forever..yang atas dah 6 tahun..yang belah bawah 4 tahun sudah..sekejap je masa berlalu kan :) oh ye..dua2 belah kiri tu nama sama..syakirah...tp nama bapa yang berbeza..atas tu Syakirah Ab Rahman yang bawah pulak Shakirah Hamzah..perangai diorang ni pon lebih kurang sama je..hahaha..dan paling penting kami 'Marketing Student' :)


Alhamdulillah...selesai sudah majlis pertunangan beliau..merisik+bertunang...hehehe..tapi lepas selesai majlis tu aku dan Shakirah Hamzah tak boleh lama sebab adahal, jadi tak sempat nak jumpa tunang beliau tapi aku kenal je tunang dia tu...cuma tak sempat jumpa je masa majlis tu...so, xde la gambar beliau, kalau nak tengok,tunggu entry diorang kawen pulak ye...tapi kena minta permission dulu la...hehehe...akhir kata ::

Selamat menjadi tunangan orang selama kurang dari tiga bulan je lagi ni my bff :) dah get ready belum nak jadi seorang isteri ni..hehehe...doa sentiasa untuk korang(Hafizah+Faizal)



Remove the Navigation Bar

Assalamualaikum Readers :)

Hari ni aku tiba2 teringin nak buat 1st tutorial..hahaha..kebetulan kawan aku pun ada bertanya juga macam mana nak hilangkan navigation bar yang kat atas sekali tu..actually aku pun tak tau sebenarnya..aku cari gak dekat blog2 orang lain macam Mioot's Tutorial, Lysa Faizureen dan ada la lagi dua tiga blog yang aku tengok..tapi semuanya mesti kena edit html tu..

Masalah aku ni pulak, bila aku try buat macam tutorial yang diorang tunjuk, template aku mesti tak boleh save..mungkin sebab tu tutorial untuk blog yang dulu kot..by the way, payah juga aku nak hilangkan navigation bar aku tu sebab aku still follow tutorial diorang..rupanya sekarang tak payah dah nak edit2 html bagai..ianya lg mudah dan cepat..korang pun tau kan, kadang2 nak save template baru memang lama dan payah..so, ini adalah cara2 yang mudah nak hilangkan navigation bar...hehehe ::check this out:: *click gambar untuk lebih jelas ye :)


Pada yang tak tau apa itu navigation bar, yang aku kotakkan warna merah tu la dia navigation bar..so, sekarang ni macam mana nak hilangkan benda tu...ada yang rasa benda tu mengganggu kan, let's follow the step below :)


 1st Step
 Mula2 korang kena pergi kat dashboard korang dan bila korang pergi kat dashboard mesti akan keluar gini kan, korang klik kat tulisan yang dalam kotak merah tu(actually tu nama blog korang)

2nd Step
Bila dah keluar,apa yang korang kena buat, korang pergi kat layout(dalam kotak biru tu) dan akan keluar sebijik macam ni..seterusnya korang kena pegi kat kotak merah tu dan tekan edit..

3rd Step
 Bila korang dah tekan edit, view mcm ni akan keluar..automatik new windows tau..apa yang korang kena buat, korang tick kat point OFF(dalam bulatan merah) tu..then, tekanla save..dan korang boleh view blog korang..

and the result is...ta da
 Bila dah siap semua, navigation bar pun dah takde..jadi xdela mcm mengganggu blog korang kan..kononnye..haha..sekarang senang kan, tak payah dah nak edit2 html bagai..tq blogger.com :) akhir kata

*SELAMAT MENCUBA*





PANGGILAN UMRAH 2013

Assalamualaikum Readers :)

 Makkah sesudah Subuh

Seperti yang dijanjikan, aku di sini ingin memulakan perkongsian aku dengan pembaca semua..lepas aku habis buat degree, 11 Januari tak silap aku, aku n keluarga aku pergi menunaikan umrah dari 13 Februari sampai 25 Februari 2013..macam2 aku rasai bila kat sana..pertama kali pergi luar negara dan pertama kali menunaikan umrah, selama ni aku dengar je orang cerita detik2 manis diorang kat sana n aku tengok Kaabah pun dalam tv je..dalam tv, ape je yang kita boleh buatkan selain tgk je dari jauh, boleh sentuh tp skrin tv je la..hihihi..

Korang mesti pernah tgk Adam Hawa kan..ala yang Aaron Aziz n Nadia Nyssa berlakon tu, bila scene diorang kat Makkah, family aku yg dah pergi mesti cerita kat aku tmpt ni dia pernah lalu, tmpat ni ada ni, tmpt ni dekat ngan masjid tapi aku tak dapat nak gambarkan semua tu sebab aku belum pergi lagi time tu :( tapi sekarang, aku dah boleh bayangkan kat mana duduknya tempat2 yang dilakonkan dalam drama Adam Hawa tu..bersyukur sangat sebab diberi peluang ke sana pada usia masih muda ni..Alhamdulillah :)

Aku dan family gerak dari KLIA pukul 2000H dan sampai kat JEDDAH pukul 0545H waktu tempatan..kat sana lambat 5 jam dari Malaysia...oh, lupa nak bagitahu yang aku guna travel agency JUARA TRAVEL..service tip top :) sesampai je kat Jeddah, dah subuh kan, pas subuh, kitorang g Madinah dulu tapi ada sesetengah travel diorang pergi Makkah dulu..kat Madinah selama 3 malam dan kat Makkah pula 7 malam, so setiap entry aku mesti ada gambar kan ::check this out::


Tiga orang budak kecik yang turut menunaikan umrah..rezeki mereka 
dapat pergi umrah pada usia yang masih muda(belum 7 tahun pon yang tua skali tu)


Okay, nak pergi sana memang wajib ada tag ni dan wajib pakai bila pergi mana2 pun..mana tau ada yang sesat kan, InsyaAllah senang jumpa tp kalau boleh, mestilah nak dielakkan kejadian2 sebegitu kan..


 Ini ada sesampainya kami di Jeddah...Zain tu mobile line diorang kat sana..


 Ini Masjid Nabawi, ketika payung terbuka..payung ni terbuka masa waktu Subuh.. Alhamdulillah, dapat tengok masa payung tu terbuka..dekat 3 minit juga payung tu nak terbuka...


 Okay, yang ni pula masa tertutup..waktu malam ni..cantikkan..semoga aku dapat  pergi ke bumi Madinah ini lagi...rindunya aku...


 Ini Masjid Quba, masjid pertama yang di bina oleh Nabi Muhammad S.A.W.  dan kepada sesiapa yang ambil air sembahyang dari hotel, tidak batal wuduknya dan terus menunaikan solat, pahalanya adalah seperti menunaikan sekali umrah..mudahkan nak dapat pahala :)


 Gambar ni pula diambil di Bir Ali, miqat pertama untuk menunaikan umrah wajib..
Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat menunaikan ibadah umrah ku :)


 Ni gambar berlatarbelakangkan MasjidilHaram..cantik sangat..bersyukur sangat dapat pergi..
*kalau korang nak tau, kat sinila scene yang Adam n Hawa borak2 masa kat Makkah tu..


 24/02/2013 hari terakhir kami kat Makkah dan Arab Saudi..ni sebelum buat tawaf Wida'..bila dah selesai tawaf, tak boleh amik gambar dah, bila amik gambar atau beli makanan, kena buat balik tawaf Wida' tu...Sebenarnya ada lagi 4 orang family aku..kaklong,kaklang n 2 orang anak buah aku..


Alhamdulillah..selamat sampai Malaysia pada pukul 1600H..nak cakap budak 3 orang ni tak pernah naik train, tak jugak..tp comelnya mereka bertiga ni..hehehe...


Jadi, gambar budak bertiga tu gambar terakhir yang aku nak kongsikan bersama pembaca semua..cukupla kan gambar2 tu...hehe..kalau nak cerita semua pengalaman kat sana memang panjangla entry ni nanti..apa-apa pun, aku nak korang tau, kalau korang mampu untuk pergi, pergilah sebab kalau nak tunggu turn buat haji, makan tahun juga...tahun 2056 pun lum tentu lagi dapat pergi kalau baru daftar hari ni..tapi tu semua rezeki Allah..semoga kita dipermudahkan dalam segala urusan yang dibuat :) aku juga doakan supaya pembaca2 yang baca blog aku ni diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di sana...insyaAllah..Aamiinnn :)

"Untuk menemui rasa berdebar2 sehingga tak dapat diungkapkan dengan kata2..bila melihat tanpa sedar air mata menitis..namun bila ingin meninggalkan rasa berat dan sebak di dada ini..semoga aku diberi peluang dan kesempatan lagi untuk menjadi tetamu-MU Ya Allah...InsyaAllah.."
(izzatulis ismail,2013)